Sunday 12 June 2011

PROGRAM KURSUS AL QURAN BERLAGU (TARANUM)

MUKADDIMAH
Al-Quran merupakan kalamullah yang mempunyai keistimewaanya dan dipelihara sehingga hari kiamat. Sebagai seorang muslim al quran hendaklah dijadikan makanan rohani. Akhir zaman ramai umat yang buta al quran apatah lagi untuk bertaranum. Sayugia itu pihak Ko-Kurikulum terpanggil untuk membuat kursus yang berkaitan dengan selok belok dan asas-asas taranum.

OBJEKTIF
1- Untuk membentuk kanak-kanak dan remaja cintakan al quran melalui bacaan berlagu
2- Menyediakan barisan pelapis dalam hal-hal yang berkaitan dengan bacaan taranum.
3- Untuk mengujudkan rasa kecintaan kepada alquran dalam konteks berlagu

SASARAN
Kursus ini di usahakan olih Unit Ko-Kurikulum dan membuka program ini kepada:-
-Pelajar-pelajar islah yang berumur antara 10 thn - 17 tahun
-Terbuka kepada murid-murid islah dan sesiapa yang berminat untuk bertaranum



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

- Mereka yang boleh membaca dengan lancar dan sederhana. Pihak kami akan membuat sessi bacaan untuk meletakan tahap-tahapnya
- Peserta yang kurang dan tidak tahu tajwid akan didedahkan ilmu tajwid terdahulu sebelum masuk dalam bidang taranum 


MASA PENGAJIAN
- Setiap hari Sabtu
- 9.00 pagi - 12 tgh hari


BAYARAN:
- Bayaran yang di kenakan adalah RM20.00 sebulan

KELAS :
- Kelas akan bermula pada 2/7/2011 - Sabtu.
- Setiap kelas adalah 15 orang 
- Kelas adalah mengikut sukatan yang ditetapkan dan tamat diberi Sijil
- kelas adalah memakan masa selama 2 Tahun
- jadual kelas dan tarikh pengajian akan diberi semasa daftar

TEMPAT PENGAJIAN
- Bilik Seminar Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI)

PENDAFTARAN
- Yang berminat boleh daftar dan sebarang pertanyaan sila hubungi :
      - Ustaz Hasbullah Awang  ( 013-4249484 )
      - Ustaz Abdul Hadi Abu Bakar
      - Ustaz Shukri Hussain   -  PK Ko-Kurikulum SRAI  ( 017 378 3065 )
- Pendaftaran dibuka mulai sekarang.

DAFTARLAH SEKARANG!!!!!!!! TEMPAT TERHAD

No comments:

Post a Comment