Tuesday 21 June 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB TAHUN 6

Lawatan SRAI ke SKSAT

JITRA,19 Jun 2011- Sekolah Rendah Al-Islah telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, lawatan ini adalah anjuran daripada kelab kelas tahun 6 dibawah kelolaan PIBG PPAI. Seramai 90 orang yang menyertai lawatan tersebut iaitu 80 orang terdiri dari pelajar tahun 6 dan 10 orang guru pengiring

Wednesday 15 June 2011

AKTIVITI MINGGUAN TKRSM ( BaSeD )

Tarikh    : 15 Jun 2011
Tempat   : Dewan PPAI
Peserta   : Pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6

Aktiviti :
- Dipimpin oleh Muallim Qayyum Abdul Latif dan dibantu oleh guru syeksyen
- Setiap pelajar perlu menguasai teknik BaSeD Level 1 ( Asas 1-8)


Monday 13 June 2011

MAJLIS PENTAULIAHAN KOMANDAN /TIMBALAN KOMANDAN & KURSUS KEMAHIRAN KRS (MUSLEH) 2011

Pusat Pendidikan Al-Islah telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Pentauliahan Komandan dan Timbalan Komandan serta kursus kemahiran KRS (MUSLEH) pada 29 Mei 2011 hingga 1 Jun 2011 yang lalu. Kursus ini telah dihadiri oleh peserta dari seluruh rangkaian sekolah di bawah naungan Musleh yang terdiri daripada kalangan pihak pengurusan iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Muallim dan Muallimah serta pelajar sekolah menengah. Antara kursus kemahiran dan pentauliahan yang dijalankan ialah:

KURSUS KEMAHIRAN KAWAD KAKI
KURSUS KEMAHIRAN BaSeD
KURSUS KEMAHIRAN BANTU MULA
KURSUS PENTAULIAHAN KOMANDAN
KURSUS PENTAULIAHAN TIMBALAN KOMANDAN

Semua peserta yang menghadiri kursus tersebut telah menunjukkan komitmen yang baik. Sekolah Rendah Al-Islah telah menghantar empat peserta yang terdiri daripada Muallim dan Muallimah iaitu:

MLH RODIAH JUSOH (KURSUS PENTAULIAHAN KOMANDAN)
MLM SUKRI HUSSAIN (KURSUS PENTAULIAHAN TIMBALAN KOMANDAN)
MLM ABDUL FAATHIR ABDUL KADIR (KURSUS KEMAHIRAN KAWAD KAKI)
MLM MOHD QAYYUM ABD LATIH (KURSUS KEMAHIRAN BaSeD)

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus kemahiran dan pentauliahan di Pusat Pendidikan Al-Islah.Semoga dengan pentauliahan dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan kepada semua. InsyaAllah.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program..

Sunday 12 June 2011

PROGRAM KURSUS AL QURAN BERLAGU (TARANUM)

MUKADDIMAH
Al-Quran merupakan kalamullah yang mempunyai keistimewaanya dan dipelihara sehingga hari kiamat. Sebagai seorang muslim al quran hendaklah dijadikan makanan rohani. Akhir zaman ramai umat yang buta al quran apatah lagi untuk bertaranum. Sayugia itu pihak Ko-Kurikulum terpanggil untuk membuat kursus yang berkaitan dengan selok belok dan asas-asas taranum.

OBJEKTIF
1- Untuk membentuk kanak-kanak dan remaja cintakan al quran melalui bacaan berlagu
2- Menyediakan barisan pelapis dalam hal-hal yang berkaitan dengan bacaan taranum.
3- Untuk mengujudkan rasa kecintaan kepada alquran dalam konteks berlagu

SASARAN
Kursus ini di usahakan olih Unit Ko-Kurikulum dan membuka program ini kepada:-
-Pelajar-pelajar islah yang berumur antara 10 thn - 17 tahun
-Terbuka kepada murid-murid islah dan sesiapa yang berminat untuk bertaranum



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

- Mereka yang boleh membaca dengan lancar dan sederhana. Pihak kami akan membuat sessi bacaan untuk meletakan tahap-tahapnya
- Peserta yang kurang dan tidak tahu tajwid akan didedahkan ilmu tajwid terdahulu sebelum masuk dalam bidang taranum 


MASA PENGAJIAN
- Setiap hari Sabtu
- 9.00 pagi - 12 tgh hari


BAYARAN:
- Bayaran yang di kenakan adalah RM20.00 sebulan

KELAS :
- Kelas akan bermula pada 2/7/2011 - Sabtu.
- Setiap kelas adalah 15 orang 
- Kelas adalah mengikut sukatan yang ditetapkan dan tamat diberi Sijil
- kelas adalah memakan masa selama 2 Tahun
- jadual kelas dan tarikh pengajian akan diberi semasa daftar

TEMPAT PENGAJIAN
- Bilik Seminar Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI)

PENDAFTARAN
- Yang berminat boleh daftar dan sebarang pertanyaan sila hubungi :
      - Ustaz Hasbullah Awang  ( 013-4249484 )
      - Ustaz Abdul Hadi Abu Bakar
      - Ustaz Shukri Hussain   -  PK Ko-Kurikulum SRAI  ( 017 378 3065 )
- Pendaftaran dibuka mulai sekarang.

DAFTARLAH SEKARANG!!!!!!!! TEMPAT TERHAD

PENYAMPAIAN SIJL PENGHARGAAN ( MGBSIM / FANNUL ATFAL )

Segulung penghargaan diucapkan kepada Guru Besar SRAI, Muallimah Rodiah Binti Jusoh atas segala usaha beliau dalam memajukan sistem pusat pendidikan Al-Islah baik dari segi akademik, shaksiah, disiplin dan juga kokurikulum. Tidak lupa juga barisan penolong kanan yang menjadi sayap utama sekolah iaitu Muallimah Romizah, Muallim Syukri  dan Muallimah Salma.

Senarai muallim dan muallimah yang menerima sijil penghargaan :

1) Muallim Syathair Hashim
2) Muallim Muhammad Husaini Jaafar
3) Muallim Hasbullah Kamis
4) Muallim Zahir Said
5) Muallim Abdul Hadi
6) Muallim Qayyum Abdul Latif
7) Muallimah Norhayati Bakar
8) Muallimah Nor Hashimah
9) Muallimah Kauthar
10) Muallimah Rosni Hamid
11) Muallimah Norlida
12) Muallimah Noor Bahyah Khalid
13) Muallimah Hafizah
14) Muallimah Suriati Masrom

Semoga kejayaan demi kejayaan yang dikecapi akan menjadi pelonjak semangat dan pendorong kepada semua warga SRAI agar lebih bersungguh-sungguh dam komited dalam memartabatkan pendidikan musleh Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI) demi melahirkan insan-insan rabbani.


Tuesday 7 June 2011

KEPUTUSAN ACARA AMAL ISLAMI KARNIVAL MUSLEH 2011

Karnival Musleh 2011 ataupun lebih dikenali sebagai Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) telah menawarkan pelbagai acara untuk dipertandingkan. Buat julung kalinya pada tahun ini, MGBSIM juga menganjurkan pertandingan untuk sekolah rendah yang mana sebelum ini hanya untuk peringkat menengah sahaja. Hanya 5 acara sahaja  yang dipertandingkan untuk sekolah rendah. Sebanyak 17 sekolah rendah rangkaian musleh dari seluruh pelosok negara menyertai Karnival Musleh  pada tahun ini.

Tarikh   : 6 Jun 2011
Tempat : Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram

Tilawah Banin           : Mohd Izzudin (Ketiga)
Tilawah Banat           : Nurul Iezzah Binti Yazi (Johan)
Hafazan Banin           : Mohd Hanis (Saguhati)
Hafazan Banat           : Husna Mardhiah (Naib johan)
Bercerita Banin         : Zyareef Syazrol (Saguhati)
Bercerita Banat         : Siti Zulaikha (Ketiga)
Tulisan Khat Banin   : Mohd Fauzan (Naib Johan)
Tulisan Khat Banat   : Nur Athirah Binti Ahmad Sobri (Johan)
Azan                          : Mohd Afiq Bin Mohd Shafie (Saguhati)

Alhamdulillah, seramai 9 peserta yang kita hantar mewakili SRAI, 6 daripadanya berjaya pulang dengan kejayaan. Tahniah kepada mereka semua  kerana telah  berjaya mengharumkan nama Sekolah Rendah Al-Islah sehingga ke peringkat kebangsaan. Terima kasih juga kepada guru-guru pelatih dan guru pengiring terutamanya Muallim Syukri kerana telah banyak melakukan pengorbanan serta bertungkus-lumus sebelum pertandingan dan juga sepanjang perjalanan ke SMI Hira'. Semoga tahun hadapan menjadi milik kita lagi. InsyaAllah.


Friday 27 May 2011

PROGRAM TERKINI KO-KURIKULUM

15/06/2011               -     TKRS(M)
22/06/2011               -     Latihan asas kawat untuk guru-guru SRAI
29/06/2011               -     Kelab/Persatuan
06/07/2011               -     TKRS(M)
13/07/2011               -     TKRS(M)
14-15/07/2011          -     Perkhemahan Luaran tahun 5 - Keda, Sik
20/07/2011               -     Kelab/Persatuan
27/07/2011               -     Latihan asas kawat untuk Guru SRAI
07/09/2011               -     TKRS(M)
07/09/2011               -     TKRS(M)
15-16/09/2011          -     Perkhemahan (Dalaman) Tahun 6
21/09/2011               -     Pertandingan Kelab/Persatuan
28/09/2011               -     Latihan kemahiran ikatan/jahitan untuk guru SRAI
05/10/2011               -     TKRS(M)
12/10/2011               -     TKRS(M)
19/10/2011               -     Kemuncak Kelab/Persatuan
16/11/2011               -     Penutup Ko-Kurikulum 2011

( Jadual yang tertera diatas adalah tertakluk pada pindaan- TK )

SAMBUTAN HARI MURABBI 2011

Alhamdulillah, sambutan hari murabbi peringkat sekolah telah berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Tarikh : 26 Mei 2011 (Khamis)
Tempat : Pusat Pendidikan Al-Islah

Aturcara
7.30am          : Perhimpunan pagi
8.00am          : Bacaan Al-Ma'thurat
8.30am          : Ceramah Motivasi sempena Hari Murabbi
10.00am        : Sukaneka dan Permainan
11.00am        : Jamuan 
12.00pm        : Majlis perasmian oleh Ustaz Rosli
12.30pm        : Persembahan pelajar dan muallim
1.00pm          : Pertukaran hadiah
1.30pm          : Solat zohor
1.45pm          : Bersurai

Kepada sesiapa yang hendak melihat video sepanjang sambutan berlangsung boleh melayari facebook Kokurikulum SRAI. Bagi yang hendak melihat gambar, boleh klik link di bawah.....

Saturday 21 May 2011

PIDATO PIALA MB KEDAH

Sekolah Rendah Al-Islah akan menjadi tuan rumah Program Pidato Sek-Sek Ren Agama Peringkat Zon Selatan pada 2/7/2011 ( Sabtu ).

SRAI akan menghantar 2 orang wakil  ( banin/banat ) program tersebut. Johan pada zon Selatan akan merentap pada peringkat akhir bagi merebut piala MB Kedah.

Friday 20 May 2011

PERKHEMAHAN LUARAN TAHUN 6

Unit Ko-Kurikulum telah  mengadakan perkhemahan TKRS(M) di Resort Keda,Bendang Man,Sik dengan jayanya pada 12-13/5. Dalam program tersebut pihak Ko-Ku menilai dan memberi markah kepada individu serta kumpulan yang menunjukkan kebolehan dalam program tersebut.Antara pemenang-pemenang tersebut adalah:-

Pemenang Individu :
Lelaki            :   Mohd Shahrul Hanif         - 6 IS
Perempuan    :   Azwa Nadia                     - 6 IK

Pemenang Membina Menara :
Pertama        :   Kumpulan 4 (L)
Kedua           :   Kumpulan 2 (L)
Ketiga           :   Kumpulan 3 (P)

Tuesday 17 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

SRAI akan mengadakan sambutan Hari Guru pada tarikh 26/05/2011 (Khamis) dengan Tema : Murabbi IKRAM - MUSLEH : Pemangkin dakwah terbilang .Bahagian Ko - Kurikukum mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru PPAI.

Sempena dengan program tersebut, pelbagai program akan diadakan bagi merapatkan hubungan guru dengan murid serta guru dengan guru. Antara program yang diadakan adalah Ceramah, acara padang serta persembahan guru serta murid.

Saturday 14 May 2011

KARNIVAL MUSLEH 2011

Tarikh    :  6 - 7 Jun 2011
Tempat  :  Sekolah Menengah Hira' Jeram Selangor

SRAI akan menghantar wakilnya seramai 9 orang yang terdiri dari peserta untuk acara seperti berikut:-

1-  Tilawah Al quran  : ( Banin & Banat )
2-  hafazan                  : ( Banin & Banat )
3-  Azan                      : ( Banin )
4-  Bercerita                : ( Banin & Banat )
5-  Tulisan khat           : ( Banin & Banat )

AKTIVITI MINGGUAN TKRSM ( JAHITAN )

Tarikh    : 11 Mei 2011
Tempat   : Dewan PPAI
Peserta   : Pelajar tahun 4 dan tahun 5

Aktiviti  : 
-Setiap pelajar mempelajari kemahiran menjahit mengikut tunjuk ajar guru syeksyen masing-masing. Antara jahitan yang dipelajari ialah :
          i)   Jahitan Lilit Ubi
          ii)  Jahitan Kia


AKTIVITI MINGGUAN TKRSM (BANTU MULA & IKATAN )

Tarikh    : 4 Mei 2011
Tempat  : Dewan PPAI
Peserta   : -Tahun 4 dan tahun 5 (Bantu Mula)
                 -Tahun 6 (Ikatan-Gajet)

Aktiviti   :

-Setiap pelajar akan bersama guru syeksyen masing-masing.
             
-Bagi pelajar tahun 4 dan tahun 5 didedahkan dengan lima teknik balutan yang asas iaitu :
                           i)   Balutan lengan
                           ii)  Balutan kepala
                           iii) Balutan tapak tangan
                           iv) Balutan tapak kaki
                           v)  Balutan lutut
             
-Bagi pelajar tahun 6 pula, para pelajar mempelajari teknik membuat gajet berpandukan asas ikatan yang betul. Antara gajet yang dibuat adalah :
                           i)  Rak kasut
                           ii) Rak pinggan


Friday 13 May 2011

PERASMIAN LAMAN BLOG KOKURIKULUM-TKRS(M)

Alhamdulillah, majlis pelancaran laman blog kokurikulum telah berlangsung dengan lancar. Di sini terdapat video-video yang sempat dirakam sewaktu pelancaran.

Nantikan gambar-gambar semasa perasmian laman blog kokurikulum, insyaAllah akan diupload dalam masa terdekat.

Monday 9 May 2011

PELANCARAN LAMAN BLOG TKRS(M)

Tarikh     :    11.5.2011 ( Rabu )
Tempat   ;    Dewan PPAI
Perasmi   :    Komandan TKRS (M) SRAI

Tentetif Program :-

03.10 ptg    -    Kadet masuk ke dewan
03.20 ptg    -    Ucapan Pengerusi majlis
03.30 ptg    -    perbarisan & tabit hormat Komandan TKRS
03.45 ptg    -    Ucapan Perasmian Blog TKRS (M)
03.50 ptg    -    Pelancaran Blog TKRS (M)
04.30 ptg    -    Program kemahiran jahitan
05.00 ptg    -    Solat Asar berjemaah

Sunday 8 May 2011

PERKHEMAHAN DALAMAN TAHUN 4 (2011)

Perkhemahan dalaman tahun 4 telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 21 dan 21 April 2011. Perkhemahan ini telah diadakan di Pusat Pendidikan Al-Islah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan ialah

KAWAD
BASED
IKATAN
JAHITAN
BANTU MULA
MASAKAN
PERSEMBAHAN PELAJAR


Friday 6 May 2011

KEM JATI DIRI/PERKHEMAHAN TKRS(M) TAHUN 6

Tarikh : 12 - 13/5/2011
Tempat : Keda Resort Bendang Man, Sik
Penyertaan : 90 orang pelajar
Guru  ;   9 orang guru seksyen
          :  8 orang AJK TKRS(M)
          :  7 orang guru tahun 6
Perkhemahan ini bertemakan " Jatidiri Pemangkin Peribadi mulia "

Objektif program :-
1. Mengukuhkan kemahiran asas TKRS
2. melahirkan semangat ukhuwwah dan kerja berpasukan
3. Membentuk generasi yang berjiwa kental dalam menghadapi cabaran
4. Mengukuhkan ukhuwah yang telah terjalin
5. menilai konstrak kemaampuan

Tentatif Program :-
12/5/2011 - khamis
7.40 - 8.00 pagi             -   Berkumpul/taklimat
8.00   pagi                      -   Bertolak ke Bendang Man, Sik
10.00 pagi                      -  Di jangka sampai di Bendang Man
10.20 pagi                      -  Berkumpul/taklimat
11.00 pagi                      -  Buka kampong
12.45 pagi                      -  masak tengahari/Makan
02.00 tgh                        - Khidmat diri/Solat Zohor Berjemaah
04.30 ptg                       - Orienteering
05.00 ptg                       - Solat asar berjemaah
07.15 mlm                     -  Khidmat diri/masak/Makan
09.00 mlm                     -  Maghrib berjemaah/bacaan yasin/ Isyak berjemaah
10.30 mlm                     -  Slot Kecemerlangan -  Cikgu Ismi 
12.00 mlm                     -  Ujian Bantu Mula
12.30 mlm                     -  Program tengah malam
04.30 pagi                     -  Bahtera berlabuh/Hirasah

13/5/2011 - Jumaat
05.00 - 5.45 pagi           -  Khidmat diri
06.10  pagi                    -  Qiam
06.45 pagi                     -  Solat subuh, Mathurat/Tazkirah
07.00 pagi                     -  perhimpunan pagi
08.00 pagi                     -  masak/sarapan pagi
08.10 pagi                     - Solat dhuha
10.10 pagi                     -  Treking
12.45 tgh                       -  Masak/makan/Tutup kampong
02.30 tgh                       -  Persiapan solat Jumaat & solat Jumaat( banin )
04.30 ptg                       -  Slot Motivasi -  Us. Shahrunizam Mohd Amin
05.00 ptg                       -  Solat Asar berjemaah
05.30 ptg                       -  Bertolak
07.00 mlm                     -  Di jangka sampai di Islah

Thursday 5 May 2011

PERKHEMAHAN DALAMAN TAHUN 5

Alhamdulillah......pada 7 sehingga 8 April telah diadakan perkhemahan dalaman Tahun 5. Perkhemahan bertempat di sekitar kawasan PPAI. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

Aktiviti Kawad Kaki 
Aktiviti Based
Aktiviti Ikatan
Aktiviti Jahitan
Aktiviti Masakan
Persembahan pelajar

Tuesday 3 May 2011

FANNUL ATFAL 2011


SENARAI PESERTA FANNUL ATFAL SRAI

-Tilawah Al quran ( L )   :  Ahmad Muzakkir Ridhuan
-Tilawah Al quran ( P )   :  Nurul Eizzah Yazi
-Hafazan ( Tahap 1 )      :  Mohd Ziyad Yazi
-Hafazan ( Tahap 2 )      :  Husna mardhiah Mohd Fauzi
-Bercerita ( L )               :  Haikal Danial Mohamad Hasli
-Bercerita ( P )               :  Nur Syafiqah Mohd Fuad
-Azan                             :  Abdullah Afiq Shafie
-Nasyid                          :  Kumpulan
-Bacaan Dalam solat       :  Muaz Amir Nur Rashid
-Pidato BM                    :  Azwa Nadia Abdul Amir
-Pidato BA                     :  Husna Mardhiah Mohd Fauzi
-Pidato BI                       :  Alisa Neesa Mohd Zamri
-Kuiz Agama                   :  Zunnur/Nurihsan//Hannan