Monday 13 June 2011

MAJLIS PENTAULIAHAN KOMANDAN /TIMBALAN KOMANDAN & KURSUS KEMAHIRAN KRS (MUSLEH) 2011

Pusat Pendidikan Al-Islah telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Pentauliahan Komandan dan Timbalan Komandan serta kursus kemahiran KRS (MUSLEH) pada 29 Mei 2011 hingga 1 Jun 2011 yang lalu. Kursus ini telah dihadiri oleh peserta dari seluruh rangkaian sekolah di bawah naungan Musleh yang terdiri daripada kalangan pihak pengurusan iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Muallim dan Muallimah serta pelajar sekolah menengah. Antara kursus kemahiran dan pentauliahan yang dijalankan ialah:

KURSUS KEMAHIRAN KAWAD KAKI
KURSUS KEMAHIRAN BaSeD
KURSUS KEMAHIRAN BANTU MULA
KURSUS PENTAULIAHAN KOMANDAN
KURSUS PENTAULIAHAN TIMBALAN KOMANDAN

Semua peserta yang menghadiri kursus tersebut telah menunjukkan komitmen yang baik. Sekolah Rendah Al-Islah telah menghantar empat peserta yang terdiri daripada Muallim dan Muallimah iaitu:

MLH RODIAH JUSOH (KURSUS PENTAULIAHAN KOMANDAN)
MLM SUKRI HUSSAIN (KURSUS PENTAULIAHAN TIMBALAN KOMANDAN)
MLM ABDUL FAATHIR ABDUL KADIR (KURSUS KEMAHIRAN KAWAD KAKI)
MLM MOHD QAYYUM ABD LATIH (KURSUS KEMAHIRAN BaSeD)

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus kemahiran dan pentauliahan di Pusat Pendidikan Al-Islah.Semoga dengan pentauliahan dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan kepada semua. InsyaAllah.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program..










































































No comments:

Post a Comment