Tuesday 7 June 2011

KEPUTUSAN ACARA AMAL ISLAMI KARNIVAL MUSLEH 2011

Karnival Musleh 2011 ataupun lebih dikenali sebagai Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) telah menawarkan pelbagai acara untuk dipertandingkan. Buat julung kalinya pada tahun ini, MGBSIM juga menganjurkan pertandingan untuk sekolah rendah yang mana sebelum ini hanya untuk peringkat menengah sahaja. Hanya 5 acara sahaja  yang dipertandingkan untuk sekolah rendah. Sebanyak 17 sekolah rendah rangkaian musleh dari seluruh pelosok negara menyertai Karnival Musleh  pada tahun ini.

Tarikh   : 6 Jun 2011
Tempat : Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram

Tilawah Banin           : Mohd Izzudin (Ketiga)
Tilawah Banat           : Nurul Iezzah Binti Yazi (Johan)
Hafazan Banin           : Mohd Hanis (Saguhati)
Hafazan Banat           : Husna Mardhiah (Naib johan)
Bercerita Banin         : Zyareef Syazrol (Saguhati)
Bercerita Banat         : Siti Zulaikha (Ketiga)
Tulisan Khat Banin   : Mohd Fauzan (Naib Johan)
Tulisan Khat Banat   : Nur Athirah Binti Ahmad Sobri (Johan)
Azan                          : Mohd Afiq Bin Mohd Shafie (Saguhati)

Alhamdulillah, seramai 9 peserta yang kita hantar mewakili SRAI, 6 daripadanya berjaya pulang dengan kejayaan. Tahniah kepada mereka semua  kerana telah  berjaya mengharumkan nama Sekolah Rendah Al-Islah sehingga ke peringkat kebangsaan. Terima kasih juga kepada guru-guru pelatih dan guru pengiring terutamanya Muallim Syukri kerana telah banyak melakukan pengorbanan serta bertungkus-lumus sebelum pertandingan dan juga sepanjang perjalanan ke SMI Hira'. Semoga tahun hadapan menjadi milik kita lagi. InsyaAllah.




Tulisan khat oleh adik Mohd Fauzan

Tekun dan teliti


Bersemangat bercerita oleh adik Zyareef Syazrol

Bercerita tentang kisah kewafatan Nabi Muhammad

Peserta hafazan oleh adik Mohd Hanis



Peserta tilawah oleh adik Mohd Izzudin




Dicatat oleh: Mlm Muhaimin

No comments:

Post a Comment