Tuesday 21 June 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB TAHUN 6

Lawatan SRAI ke SKSAT

JITRA,19 Jun 2011- Sekolah Rendah Al-Islah telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, lawatan ini adalah anjuran daripada kelab kelas tahun 6 dibawah kelolaan PIBG PPAI. Seramai 90 orang yang menyertai lawatan tersebut iaitu 80 orang terdiri dari pelajar tahun 6 dan 10 orang guru pengiring

Wednesday 15 June 2011

AKTIVITI MINGGUAN TKRSM ( BaSeD )

Tarikh    : 15 Jun 2011
Tempat   : Dewan PPAI
Peserta   : Pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6

Aktiviti :
- Dipimpin oleh Muallim Qayyum Abdul Latif dan dibantu oleh guru syeksyen
- Setiap pelajar perlu menguasai teknik BaSeD Level 1 ( Asas 1-8)


Monday 13 June 2011

MAJLIS PENTAULIAHAN KOMANDAN /TIMBALAN KOMANDAN & KURSUS KEMAHIRAN KRS (MUSLEH) 2011

Pusat Pendidikan Al-Islah telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Pentauliahan Komandan dan Timbalan Komandan serta kursus kemahiran KRS (MUSLEH) pada 29 Mei 2011 hingga 1 Jun 2011 yang lalu. Kursus ini telah dihadiri oleh peserta dari seluruh rangkaian sekolah di bawah naungan Musleh yang terdiri daripada kalangan pihak pengurusan iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Muallim dan Muallimah serta pelajar sekolah menengah. Antara kursus kemahiran dan pentauliahan yang dijalankan ialah:

KURSUS KEMAHIRAN KAWAD KAKI
KURSUS KEMAHIRAN BaSeD
KURSUS KEMAHIRAN BANTU MULA
KURSUS PENTAULIAHAN KOMANDAN
KURSUS PENTAULIAHAN TIMBALAN KOMANDAN

Semua peserta yang menghadiri kursus tersebut telah menunjukkan komitmen yang baik. Sekolah Rendah Al-Islah telah menghantar empat peserta yang terdiri daripada Muallim dan Muallimah iaitu:

MLH RODIAH JUSOH (KURSUS PENTAULIAHAN KOMANDAN)
MLM SUKRI HUSSAIN (KURSUS PENTAULIAHAN TIMBALAN KOMANDAN)
MLM ABDUL FAATHIR ABDUL KADIR (KURSUS KEMAHIRAN KAWAD KAKI)
MLM MOHD QAYYUM ABD LATIH (KURSUS KEMAHIRAN BaSeD)

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus kemahiran dan pentauliahan di Pusat Pendidikan Al-Islah.Semoga dengan pentauliahan dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan kepada semua. InsyaAllah.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program..

Sunday 12 June 2011

PROGRAM KURSUS AL QURAN BERLAGU (TARANUM)

MUKADDIMAH
Al-Quran merupakan kalamullah yang mempunyai keistimewaanya dan dipelihara sehingga hari kiamat. Sebagai seorang muslim al quran hendaklah dijadikan makanan rohani. Akhir zaman ramai umat yang buta al quran apatah lagi untuk bertaranum. Sayugia itu pihak Ko-Kurikulum terpanggil untuk membuat kursus yang berkaitan dengan selok belok dan asas-asas taranum.

OBJEKTIF
1- Untuk membentuk kanak-kanak dan remaja cintakan al quran melalui bacaan berlagu
2- Menyediakan barisan pelapis dalam hal-hal yang berkaitan dengan bacaan taranum.
3- Untuk mengujudkan rasa kecintaan kepada alquran dalam konteks berlagu

SASARAN
Kursus ini di usahakan olih Unit Ko-Kurikulum dan membuka program ini kepada:-
-Pelajar-pelajar islah yang berumur antara 10 thn - 17 tahun
-Terbuka kepada murid-murid islah dan sesiapa yang berminat untuk bertaranum



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

- Mereka yang boleh membaca dengan lancar dan sederhana. Pihak kami akan membuat sessi bacaan untuk meletakan tahap-tahapnya
- Peserta yang kurang dan tidak tahu tajwid akan didedahkan ilmu tajwid terdahulu sebelum masuk dalam bidang taranum 


MASA PENGAJIAN
- Setiap hari Sabtu
- 9.00 pagi - 12 tgh hari


BAYARAN:
- Bayaran yang di kenakan adalah RM20.00 sebulan

KELAS :
- Kelas akan bermula pada 2/7/2011 - Sabtu.
- Setiap kelas adalah 15 orang 
- Kelas adalah mengikut sukatan yang ditetapkan dan tamat diberi Sijil
- kelas adalah memakan masa selama 2 Tahun
- jadual kelas dan tarikh pengajian akan diberi semasa daftar

TEMPAT PENGAJIAN
- Bilik Seminar Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI)

PENDAFTARAN
- Yang berminat boleh daftar dan sebarang pertanyaan sila hubungi :
      - Ustaz Hasbullah Awang  ( 013-4249484 )
      - Ustaz Abdul Hadi Abu Bakar
      - Ustaz Shukri Hussain   -  PK Ko-Kurikulum SRAI  ( 017 378 3065 )
- Pendaftaran dibuka mulai sekarang.

DAFTARLAH SEKARANG!!!!!!!! TEMPAT TERHAD

PENYAMPAIAN SIJL PENGHARGAAN ( MGBSIM / FANNUL ATFAL )

Segulung penghargaan diucapkan kepada Guru Besar SRAI, Muallimah Rodiah Binti Jusoh atas segala usaha beliau dalam memajukan sistem pusat pendidikan Al-Islah baik dari segi akademik, shaksiah, disiplin dan juga kokurikulum. Tidak lupa juga barisan penolong kanan yang menjadi sayap utama sekolah iaitu Muallimah Romizah, Muallim Syukri  dan Muallimah Salma.

Senarai muallim dan muallimah yang menerima sijil penghargaan :

1) Muallim Syathair Hashim
2) Muallim Muhammad Husaini Jaafar
3) Muallim Hasbullah Kamis
4) Muallim Zahir Said
5) Muallim Abdul Hadi
6) Muallim Qayyum Abdul Latif
7) Muallimah Norhayati Bakar
8) Muallimah Nor Hashimah
9) Muallimah Kauthar
10) Muallimah Rosni Hamid
11) Muallimah Norlida
12) Muallimah Noor Bahyah Khalid
13) Muallimah Hafizah
14) Muallimah Suriati Masrom

Semoga kejayaan demi kejayaan yang dikecapi akan menjadi pelonjak semangat dan pendorong kepada semua warga SRAI agar lebih bersungguh-sungguh dam komited dalam memartabatkan pendidikan musleh Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI) demi melahirkan insan-insan rabbani.


Tuesday 7 June 2011

KEPUTUSAN ACARA AMAL ISLAMI KARNIVAL MUSLEH 2011

Karnival Musleh 2011 ataupun lebih dikenali sebagai Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) telah menawarkan pelbagai acara untuk dipertandingkan. Buat julung kalinya pada tahun ini, MGBSIM juga menganjurkan pertandingan untuk sekolah rendah yang mana sebelum ini hanya untuk peringkat menengah sahaja. Hanya 5 acara sahaja  yang dipertandingkan untuk sekolah rendah. Sebanyak 17 sekolah rendah rangkaian musleh dari seluruh pelosok negara menyertai Karnival Musleh  pada tahun ini.

Tarikh   : 6 Jun 2011
Tempat : Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram

Tilawah Banin           : Mohd Izzudin (Ketiga)
Tilawah Banat           : Nurul Iezzah Binti Yazi (Johan)
Hafazan Banin           : Mohd Hanis (Saguhati)
Hafazan Banat           : Husna Mardhiah (Naib johan)
Bercerita Banin         : Zyareef Syazrol (Saguhati)
Bercerita Banat         : Siti Zulaikha (Ketiga)
Tulisan Khat Banin   : Mohd Fauzan (Naib Johan)
Tulisan Khat Banat   : Nur Athirah Binti Ahmad Sobri (Johan)
Azan                          : Mohd Afiq Bin Mohd Shafie (Saguhati)

Alhamdulillah, seramai 9 peserta yang kita hantar mewakili SRAI, 6 daripadanya berjaya pulang dengan kejayaan. Tahniah kepada mereka semua  kerana telah  berjaya mengharumkan nama Sekolah Rendah Al-Islah sehingga ke peringkat kebangsaan. Terima kasih juga kepada guru-guru pelatih dan guru pengiring terutamanya Muallim Syukri kerana telah banyak melakukan pengorbanan serta bertungkus-lumus sebelum pertandingan dan juga sepanjang perjalanan ke SMI Hira'. Semoga tahun hadapan menjadi milik kita lagi. InsyaAllah.